Sunday, December 13, 2009

Syarat dan Peraturan

Syarat-syarat dan Peraturan-peraturan
Penggunaan Laman web ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan-peraturan:
Persekutuan Pengakap Malaysia adalah penyelenggara kepada laman web ini dan ianya adalah bersifat ihsan semata-mata kepada sesiapa pengguna yang memilih untuk melakukan capaian kepada laman web ini. Segala maklumat isi kandungan yang disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk memberikan maklumat semata-mata. Persekutuan Pengakap Malaysia mengizinkan sesiapa penguna untuk melawati dan melayari laman web ini dan memuat turun dan menyalin maklumat, bahan dokumen dan bahan isi kandungan dari laman web ini untuk tujuan kegunaan peribadi, tidak bersifat keuntungan, tanpa memiliki hak untuk menjual semula atau menyebarkan atau mengumpulkan atau menghasilkan bentuk terbitan, tertakluk sepenuhnya kepada Syarat-syarat dan Peraturan-peraturan yang digariskan di bawah, dan tertakluk kepada Tegahan-tegahan terperinci yang mungkin dikenakan terhadap bahan isi kandungan tertentu di dalam laman web ini.
Persekutuan Pengakap Malaysia adalah pentadbir kepada laman web ini. Setiap bahan isi kandungan di dalam laman web ini adalah tersiar dan tertakluk di bawah peruntukan Syarat-syarat dan Peraturan-peraturan yang terkini dan semasa. Melainkan dinyatakan sebaliknya, segala penemuan dapatan, tafsiran dan kesimpulan oleh bahan isi kandungan laman web ini adalah hanya merupakan pandangan dan pegangan kakitangan, perunding dan penasihat kepada Persekutuan Pengakap Malaysia semata-mata yang menyediakan segala bahan isi kandungan berkenaan dan tidak semestinya mencerminkan dan mewakili pandangan dan pegangan Persekutuan Pengakap Malaysia

No comments:

Post a Comment