Sunday, December 13, 2009

Makna Undang-undang Pengakap

1.Dipercayai
Kehormatan Diri Seorang Pengakap Itu Boleh Dipercayai Untuk Menjalankan Tugas-Tugas
Yang Diberikanya Dengan Sehabis Daya- Upayanya.
2.Taat
Pengakap Adalah Seorang Yang Taat Kepada Tuhan, Raja, Negara, Pemimpin-Pemimpin
Pengakap, Ibu Bapa, Majikan Dan Orang-Orang Di Bawahnya.
3.Berguna
Tugas Seorang Pengakap Ialah Menjadikan Dirinya Berguna Dan Menolong Orang Pada Setiap
Masa
4.Bersaudara
Pengakap Adalah Sahabat Kepada Semua Orang Dan Saudara Kepada Lain-Lain Pengakap,
Tidak Kira Dari Apa Negara, Bangsa, Pangkat Atau Agama Sekalipun.
5.Berbudi
Pengakap Adalah Seorang Yang Baik Budi Pekertinya Yakni Dia Hormat Kepada Semua Orang
Terutamanya Orang Perempuan, Kanak-Kanak, Orang Tua, Orang Sakit, Orang Cacat Dan
Sebagainya.
6.Kasihkan binatang
Pengakap Adalah Sahabat Kepada Semua Binatang Iaitu Kasihkannya Serta Menyelamatkan
Binatang Daripada Menderita Kesakitan Dan Jangan Membunuhnya Tanpa Sebab Kecuali
Binatang Yang Merbahaya.
7.Menurut perintah
Pengakap Menurut Perintah Ibu Bapa, Ketua Patrol Atau Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya
Tanpa Sebarang Bantahan Walaupun Menerima Perintah Yang Tidak Disukainya.
8.Tabah hati
Pengakap Mestilah Sentiasa Senang Hatinya Dan Bersabar Selalu Walaupun Dalam Kesusahan.
9.Berjimat
Pengakap Mestilah Sentiasa Berjimat Cermat Dalam Semua Hal Perbelanjaannya.
10.Suci fikiran, perkataan dan perbuatan
Pengakap Sentiasa Bersih Fikiran, Perkataanya Dan Perbuatannya Dari Melakukan Perkara-
Perkara Yang Kotor Dan Tidak Mengalah Kepada Nafsu Untuk Bercakap, Berfikir Atau
Berbuat Sesuatu Yang Keji

1 comment: